Blogger Layouts

Friday, December 2, 2011

SOCRATES : Luqman Al-Hakim atau Nabi?

Assalamualaikum bos! Dah lama ak x buat blog secara serious macam ni..asalnya blog ni aku buat untuk teori dan falsafah tentang zaman sekarang tetapi bila difikirkan balik, aku rasa bagus gak buat blog ni untuk 'post'kan kajian yang aku buat..Ini kajian pertama aku..lepas ni aku fikir nak bukukan kajian ni untuk dibaca oleh orang ramai di sekolah tahun depan.

Hujah dimulai dengan lafaz bismillah,

                                               
                                                     Gambaran Socrates ketika dihukum mati


    Seperti yang kita sedia maklum, ramai ilmuwan agung wujud ketika zaman keagungan tamdun Yunani yang berpusat di Rom. Sebelum menyentuh isu pokok, saya nak bincang sedikit fasal pegangan agama dan adat masyarakat yunani ketika itu.

   Fahaman paganisme pada ketika itu sangat kuat.Misalnya, masyarakat Yunani menganut agama politeisme, agama banyak tuhan ( dewa dan dewi). Contohnya macam Zues - dewa segala dewa , Hera - ibu segala dewa , Ares - God of War (take that Kratos!) dan sebagainya. Mereka siap bina Pantheon untuk simpan berhala-berhala tuhan mereka ni. Orang yang mula-mula sekali mempercayai tuhan itu satu atau mempercayai akidah monoteisme ialah pencipta teorem benda alah tiga segi - Pythagoras. Dia kata " Sifar itu kosong. 2,3,4 itu banyak dan tidak terurus manakala satu itu sempurna " (lebih kurang macam tu la). Walau bagaimanapun, dia terpengaruh dengan sejenis doktrin yang mungkin berasal dari India iaitu kelahiran semula. Hal tentang politheisme ini kemudiannya dikaji oleh Xenophone, ahli-ahli falsafah dan akhirnya sampai kepada Socrates.
                                     About Da Philosopher...

     Ini adalah sekelumit fakta yang saya gali daripada buku 'Alexender Adlah Zulqarnain' nukilan Muhammad Alexender terbitan PTS "...Socrates adalah guru yang bijak, yang dihukum mati dengan meminum racun pada tahun 399 SM di Athens. Ini kerana beliau menyebarkan ajaran monoteisme 'Tuhan itu satu' (Laa ilaha illallah), ia adalah kepercayaan yang bertentangan dengan paganisme politeisme Yunani pada ketika itu...Socrates adalah ahli falsafah yang bijak...Penulis berpendapat, Socrates adalah individu yang dikenali sebagai Luqman al-Hakim dalam al-Quran. Analisis linguistik, iaitu daripada aspek fonologi/fonetik (ilmu bunyi/suara bahasa, ilm ashwat) menunjukkan nama 'Luqman' berkemungkinan terhasil daripada perkataan Arab 'Laqman' (menelan), 'Luqoman' (beberapa suapan), 'Luqmatu'(sesuap), 'Laqimun' (yang menelan). Dalam konteks ini, 'Luqman' adalah gelaran bagi Socrates, iaitu sesuai dengan takdirnya sebagai orang yang 'menelan' racun. Jadi, Luqman dalam al-Quran adalah Socrates, 'orang bijaksana dari Athens' yang meminum racun. Hingga saat ini, iaitu sejak zaman Nabi Musa (1281 SM) hingga ke zaman Nabi Muhammad (632 M) sejarah belum menemukan orang bijak yang dihukum mati dengan cara meminum racun kecuali Socrates dari Athens sahaja..."

Apa yang dapat disimpulkan ialah :

-Socrates mati dihukum bunuh dengan menelan racun kerana dituduh merosakkan ajaran pemikiran generasi baru Athens dengan mengajar ajaran politheisme

-Nama Luqman daripada Luqman Al-Hakim kemungkinan berasal daripada perkataan bahasa Arab seperti :
*Luqmatu (sesuap)
*Laqman (menelan)
*Luqoman (beberapa suapan)
*Laqimun (yang menelan)

-Berdasarkan perkataan ini, kemungkinan besar apa yang dimaksudkan dengan Al-Quran ialah 'orang bijaksana dari Athens' yang menelan racun.

-Sejak zaman Nabi Musa sampai zaman Nabi Muhammad, sejarah belum menemukan orang yang bijak dihukum mati dengan cara menelan racun kecuali Socrates.

    
Socrates adalah orang yang bijaksana dan pencari hikmah. Socrates adalah cendekiawan Athens. Fakta ini selaras dengan gelaran Luqman al-Hakim atau Luqman yang bijaksana.
    Terdapat hadis daripada As-Suyuthi yang dilaporkan daripada Jabir, Luqman itu berkulit hitam. Tetapi menurut Albani, hadis ini hadis daif. Ada juga berkata Luqman adalah daripada keturunan bani Israel. Perbezaaan pendapat berkenaan asal usul Luqman menunjukkan wujud keraguan berkenaan identiti sebenar Luqman al-Hakim. Dr. Shalah Khalidy menyatakan di dalam bukunya yang berjudul Kisah-kisah al-Quran: Pelajaran daripada Orang-orang Dahulu:

    Dia akhirnya dihukum mati kerana :

-merosakkan permikiran genrasi muda Athens
-tidak percaya dewa-dewi
-mengenalkan agama baru (politheisme)

Sebelum itu, saya nak selitkan sedikit info. Sekiranya anda mengatakan menganut fahaman politheisme tidak bermakna Socrates ni penganut agama Allah, macam mana pula dengan Nabi Ibrahim? Kalau tak silap saya, dia lah Nabi yang saya kenal 24 jam sentiasa  mencari siapa tuhan sebenarnya (selepas meninggalkan bapanya yang merupakan pengukir berhala kerana tidak percaya berhala sebagai tuhan). Ada sekali tu dia sembah matahari, tetapi dia kata matahari hilang waktu malam, dia sembah bulan pula tapi sama macam matahari, hilang waktu pagi. Akhirnya Allah menurunkan wahyu kepadanya dan melantiknya menjadi rasul. Rasanya Nabi Musa pun sama juga , tidak kenal Allah sehingga dia dilantik menjadi rasul.

    Sambung balik fasal dia dihukum mati. Sebelum dia dihukum dia ada beri sedikit hujah. (diambil darpada karya Plato- Apology)

Aku harus mengulang kata-kataku ini kepada siapapun yang kutemui, baik tua ataupun muda, warga di sini atau orang asing, tapi terutama kepada para warga karena merekalah saudara-saudara terdekatku. Bahwa ini adalah perintah Tuhan, dan aku yakin tak ada kebaikan yang lebih baik pada negeri ini selain pengabdianku kepada Tuhan. Yang kulakukan hanyalah mengajak kalian semua, para pemuda dan orang tua, untuk tak hanya memikirkan orang-orangmu atau harta milikmu, namun yang pertama dan paling utama: perhatikanlah nasib jiwamu! Kukatakan kepadamu bahwa kebajikan bukanlah dengan menerima uang dan harta, tapi bahwa dari kebajikan itulah — harta dan segala hal yang baik dari diri manusia akan muncul, baik di sisi publik maupun individu. Inilah yang aku ajarkan.
Perintah Tuhan… hmm… Dan ketika menjelaskan tentang siapa dirinya, alasan tindakannya,
Warga Athens… bila kalian membunuhku, kalian tak kan mudah menemukan pengganggu sepertiku yang Tuhan telah anugerahkan kepada negeri ini. Negeri ini bak kuda yang besar, yang berjalan demikian lambat lantaran ukuran tubuhnya. Ia mestilah diusik agar hidup kembali. Dan akulah pengganggu itu yang Tuhan telah tempatkan di negeri ini. Dan di sepanjang waktu, di mana-mana, aku akan selalu mendekatimu, membangunkanmu, memujuk dan mengusikmu.
Juga di bawah ini, satu hujah yang cerdas:
Ketika kukatakan bahwa aku dianugrahkan Tuhan kepadamu, bukti dari misi dan tugasku adalah sebagai berikut: — jika aku seperti kebanyakan orang, aku pasti tak akan menolak kepentinganku sendiri… demi kepentinganmu, aku datang kepadamu sebagai bapa atau saudara tua, mengajakmu kepada kebajikan yang mulia. Jika aku memperoleh sesuatu dari situ, atau jika aku dibayar kerana ajakanku ini, tentu hal itu akan menjadi alasan yang masuk akal atas tindakanku ini. Namun, seperti yang kalian lihat, tak satu pun penuntutku mampu menunjukkan bahawa aku mengutip bayaran apa pun, mereka tak punya bukti. Dan aku memiliki bukti yang cukup atas kebenaran dari apa yang kukatakan — yakni: kemiskinanku.
Ingat Surah Yasiin:21? “Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk…” Ada kesan yang cukup kuat, bahawa Socrates melakukan itu semua bukan atas kemahuannya sendiri. Ia seperti… diperintah.
 
    Dia kemudiannya diberi dua pilihan- sama ada dihukum mati atau keluar daripada Athen. Plato dan Xenophon memujuk Socrates supaya memilih untuk keluar agar dia boleh lagi hidup. Dia memilih untuk mati berdasarkan kata-katanya “The hour of departure has arrived, and we go our ways — I to die, and you to live. Which is better, only God knows.

Ok...dah habis fasal dia ni Luqman Al-Hakim..macam mana pula dengan status Nabi atau Rasul atau kedua-duanya?

    - Socrates sering didatangi suara Ilahi yang mengandungi hikmah. Dalam terjemahan Henry Cary, 'prophectic voice', suara itu dikatakan mengingatkan Socrates apabila beliau hendak melakukan kesalahan. Sebaliknya suara itu membiarkan Socrates apabila perbuatan Socrates mengarah kepada kebajikan seperti hujah tadi. Ini adalah tanda kenabian

- Socrates miskin seperti kebanyakan nabi dan rasul

- Ada yang mengatakan jumlah nabi sebanyak 124,000 orang manakala rasul 313 orang. Rasul yang wajib diketahui hanya 25 orang.

Selama ni Al-Quran selalu menyatakan Nabi dan Rasul yang berasal daripada Bani Israel atau bangsa Arab tetapi terdapat beberapa ayat Al-Quran yang memberi 'hint' bahawa ada Nabi dan Rasul daripada kaum lain.
Surah Yunus ayat 47:
dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa Yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka Dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.
Rasul yang diutus oleh Allah berdakwah kepada kaumnya dalam bahasa kaumnya.
Surah Ibrahim ayat 4:
dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan Dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. maka Allah menyesatkan sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Tidak semua kisah rasul dimuatkan dalam al-Quran.

Surah an-Nisa' ayat 164-165:
dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul Yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul Yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang Yang kafir dan Yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah Ghafir ayat 78:
dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada Yang Kami ceritakan perihalnya kepadaMu, dan ada pula di antaranya Yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan Dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa Yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum Dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang Yang berpegang kepada perkara Yang salah.

Hanya sekadar pandangan..Sesungguhnya ilmu itu hanya hak Allah.. Saya sebagai hambanya hanya mengkaji misteri di sebalik kejadian alam terutamanya teka-teki Al-Quran supaya iman kita sama-sama dapat dimantapkan lagi...Wallahualam

2 comments:

  1. halooo apa benar penulis blog ini sekarang adalah dosen di univ brawijaya? tolong kalau penulis melihat respon ini bisa email saya di yang saya cantumkan minta tolong sekali, terimakasih banyak

    ReplyDelete