Blogger Layouts

Saturday, December 10, 2011

Panji-Panji Hitam dari Timur, Al-Mahdi dan Hizbut Tharir part 2

Berita baik! yup..berita baik!

Tentera Imam Mahdi (tentera panji2 hitam) majoritinya bukan orang arab!...adakah ini bermakna kita layak untuk menjadi tentera Allah yang maha dahsyat kekuatannya? Wallahualam

Tapi perlu diingatkan, ketika Imam Mahdi muncul....orang Arab pada ketika itu akan ditimpa bencana besar....hampir mereka semua akan dibunuh Imam Mahdi kerana tidak mengikut jalan yang lurus. Kira cam pembersihan etnik. ..

secara ringkasnya..inilah fakta terakhir yg saya gali dari laman web : https://sites.google.com/site/armyofmahdi/

# kebanyakan tentera tu dari wilayah timur
# semangat jihad mereka sangat tinggi
# mereka daripada kaum yg ditindas
# mereka daripada keturunan Bani Ishak/
Bani Israel
# kebanyakannya mereka ni bukan orang Arab/ keturunan Bani Ismail
# mereka berasal daripada wilayah sejuk
# mereka berasal dari wilayah bersejarah Khurasan ( sekarang dah pecah...pakistan, taijikistan, turki dan     

   sekian sekian)
# mereka akan terkenal sebagai pahlawan yg gagah berani
# mereka berasal daripada negara yg miskin
# mereka ni dianggap sebagai 'alien' sebab dihalau daripada tempat tinggal sendiri
# Imam Mahdi berasal daripada kaum yg sama dengan tentera ni dan Imam Mahdi akan memakai jubah Qutwani dan berasal daripada etnik Kash

jeng, jeng jeng! berita buruk daa....ciri2 ni hanya ada pada sebuah etnik di pakistan (antara wilayah Khurasan) bernama kaum Pathans

    Kaum ni dihalau dan dibunuh sejak dari tahun 1979 (ingat alien). Mereka ni juga merupakan antara kaum Bani Israel yg menganut agama Islam..Mereka ada pakaian tradisi bernama jubah Qutwani dan mereka bukan orang Arab.

Konklusinya, Imam Mahdi dan tenteranya berasal daripada kaum Pathan daripada Pakistan

Misteri selesai.

Saturday, December 3, 2011

Panji-Panji Hitam dari Timur, Al-Mahdi dan Hizbut Tharir part 1

Kita bertemu lagi dalam ruang maya blog ni. Kali ini, post baru ini dibangkitkan oleh saudara Muhammad Haziq Zakwan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai panji2 hitam dari timur dan gerakan Hizbut Tahrir

Hujah dimulakan dengan lafaz bismillah,

Apakah panji2 hitam yg dimaksudkan ini? Kalau tak silap saya, ada banyak hadis tentang panji2 hitam ni..Ini adalah senarai hadis2 tersebut :

1. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW:
Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW:
Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

4. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.
(Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW:
Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW:
Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.

7. Sabda Nabi SAW:
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

8. Sabda Nabi SAW:
Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.

9. Sabda Nabi SAW:
Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

10. Sabda Nabi SAW:
Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.
(Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAW:
Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.
(Nuaim bin Hammad)

12. Sabda Nabi SAW:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)

13. Sabda Nabi SAW:

Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaĆ¢I, al-Baihaqi & al-Husin)

14. Sabda Nabi SAW:
Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.

15. Sabda Nabi SAW:
Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.
(Imam Muslim)

16. Sabda Nabi SAW:
Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi.
(Ibnu Majah)

17. Sabda Nabi SAW:
Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya.
(Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW:
Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.
(At-Tarmizi)

Hambik ko!
18 hadis!..point2 penting daripada hadis2 ni :

-akan ada kebatilan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri
-Imam Mahdi akan keluar selepas tentera Panji2 Hitam dari Timur keluar.
-nama Imam Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah
-akan ada perbalahan antara 3 anak khalifah di tempat simpan Kaabah hingga mencetuskan perang saudara. Kemudiannya barulah tentera Panji2 ni keluar untuk menamatkannya dan tak terkalah kerana dilindungi Allah
-Imam Mahdi akan menjadi khalifah
-kerabat nabi akan sentiasa ditimpa bala sehingga Imam Mahdi muncul
-Umat Islam diwajibkan membaiah Imam Mahdi walaupun terpaksa merangkak di atas salji
-Imam Mahdi akan dibaiah di antara Hajarul Aswad dan Makam Ibrahim dengan sejumlah orang yang pergi mengikuti Perang Badar..
kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.
-tentera Panji2 tu merupakan orang Khurasan



Cakap fasal Khurasan, sekarang ni kawasan tu dah pecah jadi beberapa bahagian :

-sebahagian daripada Afghanistan
-sebahagian daripada Iran
-sebahagian daripada Turkmenistan
-sebahagian daripada Uzbekistan
-sebahagian daripada Tajikistan
maknanya, kebanyakan tentera ni berasal dari tempat2 berikut.

to be continued.....

Friday, December 2, 2011

SOCRATES : Luqman Al-Hakim atau Nabi?

Assalamualaikum bos! Dah lama ak x buat blog secara serious macam ni..asalnya blog ni aku buat untuk teori dan falsafah tentang zaman sekarang tetapi bila difikirkan balik, aku rasa bagus gak buat blog ni untuk 'post'kan kajian yang aku buat..Ini kajian pertama aku..lepas ni aku fikir nak bukukan kajian ni untuk dibaca oleh orang ramai di sekolah tahun depan.

Hujah dimulai dengan lafaz bismillah,

                                               
                                                     Gambaran Socrates ketika dihukum mati


    Seperti yang kita sedia maklum, ramai ilmuwan agung wujud ketika zaman keagungan tamdun Yunani yang berpusat di Rom. Sebelum menyentuh isu pokok, saya nak bincang sedikit fasal pegangan agama dan adat masyarakat yunani ketika itu.

   Fahaman paganisme pada ketika itu sangat kuat.Misalnya, masyarakat Yunani menganut agama politeisme, agama banyak tuhan ( dewa dan dewi). Contohnya macam Zues - dewa segala dewa , Hera - ibu segala dewa , Ares - God of War (take that Kratos!) dan sebagainya. Mereka siap bina Pantheon untuk simpan berhala-berhala tuhan mereka ni. Orang yang mula-mula sekali mempercayai tuhan itu satu atau mempercayai akidah monoteisme ialah pencipta teorem benda alah tiga segi - Pythagoras. Dia kata " Sifar itu kosong. 2,3,4 itu banyak dan tidak terurus manakala satu itu sempurna " (lebih kurang macam tu la). Walau bagaimanapun, dia terpengaruh dengan sejenis doktrin yang mungkin berasal dari India iaitu kelahiran semula. Hal tentang politheisme ini kemudiannya dikaji oleh Xenophone, ahli-ahli falsafah dan akhirnya sampai kepada Socrates.
                                     About Da Philosopher...

     Ini adalah sekelumit fakta yang saya gali daripada buku 'Alexender Adlah Zulqarnain' nukilan Muhammad Alexender terbitan PTS "...Socrates adalah guru yang bijak, yang dihukum mati dengan meminum racun pada tahun 399 SM di Athens. Ini kerana beliau menyebarkan ajaran monoteisme 'Tuhan itu satu' (Laa ilaha illallah), ia adalah kepercayaan yang bertentangan dengan paganisme politeisme Yunani pada ketika itu...Socrates adalah ahli falsafah yang bijak...Penulis berpendapat, Socrates adalah individu yang dikenali sebagai Luqman al-Hakim dalam al-Quran. Analisis linguistik, iaitu daripada aspek fonologi/fonetik (ilmu bunyi/suara bahasa, ilm ashwat) menunjukkan nama 'Luqman' berkemungkinan terhasil daripada perkataan Arab 'Laqman' (menelan), 'Luqoman' (beberapa suapan), 'Luqmatu'(sesuap), 'Laqimun' (yang menelan). Dalam konteks ini, 'Luqman' adalah gelaran bagi Socrates, iaitu sesuai dengan takdirnya sebagai orang yang 'menelan' racun. Jadi, Luqman dalam al-Quran adalah Socrates, 'orang bijaksana dari Athens' yang meminum racun. Hingga saat ini, iaitu sejak zaman Nabi Musa (1281 SM) hingga ke zaman Nabi Muhammad (632 M) sejarah belum menemukan orang bijak yang dihukum mati dengan cara meminum racun kecuali Socrates dari Athens sahaja..."

Apa yang dapat disimpulkan ialah :

-Socrates mati dihukum bunuh dengan menelan racun kerana dituduh merosakkan ajaran pemikiran generasi baru Athens dengan mengajar ajaran politheisme

-Nama Luqman daripada Luqman Al-Hakim kemungkinan berasal daripada perkataan bahasa Arab seperti :
*Luqmatu (sesuap)
*Laqman (menelan)
*Luqoman (beberapa suapan)
*Laqimun (yang menelan)

-Berdasarkan perkataan ini, kemungkinan besar apa yang dimaksudkan dengan Al-Quran ialah 'orang bijaksana dari Athens' yang menelan racun.

-Sejak zaman Nabi Musa sampai zaman Nabi Muhammad, sejarah belum menemukan orang yang bijak dihukum mati dengan cara menelan racun kecuali Socrates.

    
Socrates adalah orang yang bijaksana dan pencari hikmah. Socrates adalah cendekiawan Athens. Fakta ini selaras dengan gelaran Luqman al-Hakim atau Luqman yang bijaksana.
    Terdapat hadis daripada As-Suyuthi yang dilaporkan daripada Jabir, Luqman itu berkulit hitam. Tetapi menurut Albani, hadis ini hadis daif. Ada juga berkata Luqman adalah daripada keturunan bani Israel. Perbezaaan pendapat berkenaan asal usul Luqman menunjukkan wujud keraguan berkenaan identiti sebenar Luqman al-Hakim. Dr. Shalah Khalidy menyatakan di dalam bukunya yang berjudul Kisah-kisah al-Quran: Pelajaran daripada Orang-orang Dahulu:

    Dia akhirnya dihukum mati kerana :

-merosakkan permikiran genrasi muda Athens
-tidak percaya dewa-dewi
-mengenalkan agama baru (politheisme)

Sebelum itu, saya nak selitkan sedikit info. Sekiranya anda mengatakan menganut fahaman politheisme tidak bermakna Socrates ni penganut agama Allah, macam mana pula dengan Nabi Ibrahim? Kalau tak silap saya, dia lah Nabi yang saya kenal 24 jam sentiasa  mencari siapa tuhan sebenarnya (selepas meninggalkan bapanya yang merupakan pengukir berhala kerana tidak percaya berhala sebagai tuhan). Ada sekali tu dia sembah matahari, tetapi dia kata matahari hilang waktu malam, dia sembah bulan pula tapi sama macam matahari, hilang waktu pagi. Akhirnya Allah menurunkan wahyu kepadanya dan melantiknya menjadi rasul. Rasanya Nabi Musa pun sama juga , tidak kenal Allah sehingga dia dilantik menjadi rasul.

    Sambung balik fasal dia dihukum mati. Sebelum dia dihukum dia ada beri sedikit hujah. (diambil darpada karya Plato- Apology)

Aku harus mengulang kata-kataku ini kepada siapapun yang kutemui, baik tua ataupun muda, warga di sini atau orang asing, tapi terutama kepada para warga karena merekalah saudara-saudara terdekatku. Bahwa ini adalah perintah Tuhan, dan aku yakin tak ada kebaikan yang lebih baik pada negeri ini selain pengabdianku kepada Tuhan. Yang kulakukan hanyalah mengajak kalian semua, para pemuda dan orang tua, untuk tak hanya memikirkan orang-orangmu atau harta milikmu, namun yang pertama dan paling utama: perhatikanlah nasib jiwamu! Kukatakan kepadamu bahwa kebajikan bukanlah dengan menerima uang dan harta, tapi bahwa dari kebajikan itulah — harta dan segala hal yang baik dari diri manusia akan muncul, baik di sisi publik maupun individu. Inilah yang aku ajarkan.
Perintah Tuhan… hmm… Dan ketika menjelaskan tentang siapa dirinya, alasan tindakannya,
Warga Athens… bila kalian membunuhku, kalian tak kan mudah menemukan pengganggu sepertiku yang Tuhan telah anugerahkan kepada negeri ini. Negeri ini bak kuda yang besar, yang berjalan demikian lambat lantaran ukuran tubuhnya. Ia mestilah diusik agar hidup kembali. Dan akulah pengganggu itu yang Tuhan telah tempatkan di negeri ini. Dan di sepanjang waktu, di mana-mana, aku akan selalu mendekatimu, membangunkanmu, memujuk dan mengusikmu.
Juga di bawah ini, satu hujah yang cerdas:
Ketika kukatakan bahwa aku dianugrahkan Tuhan kepadamu, bukti dari misi dan tugasku adalah sebagai berikut: — jika aku seperti kebanyakan orang, aku pasti tak akan menolak kepentinganku sendiri… demi kepentinganmu, aku datang kepadamu sebagai bapa atau saudara tua, mengajakmu kepada kebajikan yang mulia. Jika aku memperoleh sesuatu dari situ, atau jika aku dibayar kerana ajakanku ini, tentu hal itu akan menjadi alasan yang masuk akal atas tindakanku ini. Namun, seperti yang kalian lihat, tak satu pun penuntutku mampu menunjukkan bahawa aku mengutip bayaran apa pun, mereka tak punya bukti. Dan aku memiliki bukti yang cukup atas kebenaran dari apa yang kukatakan — yakni: kemiskinanku.
Ingat Surah Yasiin:21? “Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk…” Ada kesan yang cukup kuat, bahawa Socrates melakukan itu semua bukan atas kemahuannya sendiri. Ia seperti… diperintah.
 
    Dia kemudiannya diberi dua pilihan- sama ada dihukum mati atau keluar daripada Athen. Plato dan Xenophon memujuk Socrates supaya memilih untuk keluar agar dia boleh lagi hidup. Dia memilih untuk mati berdasarkan kata-katanya “The hour of departure has arrived, and we go our ways — I to die, and you to live. Which is better, only God knows.

Ok...dah habis fasal dia ni Luqman Al-Hakim..macam mana pula dengan status Nabi atau Rasul atau kedua-duanya?

    - Socrates sering didatangi suara Ilahi yang mengandungi hikmah. Dalam terjemahan Henry Cary, 'prophectic voice', suara itu dikatakan mengingatkan Socrates apabila beliau hendak melakukan kesalahan. Sebaliknya suara itu membiarkan Socrates apabila perbuatan Socrates mengarah kepada kebajikan seperti hujah tadi. Ini adalah tanda kenabian

- Socrates miskin seperti kebanyakan nabi dan rasul

- Ada yang mengatakan jumlah nabi sebanyak 124,000 orang manakala rasul 313 orang. Rasul yang wajib diketahui hanya 25 orang.

Selama ni Al-Quran selalu menyatakan Nabi dan Rasul yang berasal daripada Bani Israel atau bangsa Arab tetapi terdapat beberapa ayat Al-Quran yang memberi 'hint' bahawa ada Nabi dan Rasul daripada kaum lain.
Surah Yunus ayat 47:
dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa Yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka Dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.
Rasul yang diutus oleh Allah berdakwah kepada kaumnya dalam bahasa kaumnya.
Surah Ibrahim ayat 4:
dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan Dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. maka Allah menyesatkan sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Tidak semua kisah rasul dimuatkan dalam al-Quran.

Surah an-Nisa' ayat 164-165:
dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul Yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul Yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang Yang kafir dan Yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah Ghafir ayat 78:
dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada Yang Kami ceritakan perihalnya kepadaMu, dan ada pula di antaranya Yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan Dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa Yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum Dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang Yang berpegang kepada perkara Yang salah.

Hanya sekadar pandangan..Sesungguhnya ilmu itu hanya hak Allah.. Saya sebagai hambanya hanya mengkaji misteri di sebalik kejadian alam terutamanya teka-teki Al-Quran supaya iman kita sama-sama dapat dimantapkan lagi...Wallahualam

Sunday, October 24, 2010

OOIIIITTT!!!!!!!!!

siap gak aq punya BLOG........